Tuesday, July 23, 2013

Mengorat secara terancang

Please don't be too innocent and annoyed. 
Girls, you should know this!
Be AWARE

watch this video!


(^.^)y

Friday, June 21, 2013

People look at end results, not how you get the results.


Alhamdulillah, semua pelajar kampus biru baru sahaja menerima "Result" final exam semester lepas (except yang tak bayar denda, tak berkemampuan menduduki imtihan pada waktunya, dan sebagainya). Cemerlang, biase-biase saje, or teruk...semoga semua menerima keputusan tu dengan redha. Agar result tu setimpal dengan usaha & doa kita. heee (^.^)y

Bagi yg cemerlang. Tahniah! tingkatkan momentum tersebut, kalau tak mampu, just kekalkan. Awak dah lakukan yang terbaik. Transform your knowledge into your actions. Remember, every civilizations depends on the knowledge and it is your Amanah to spread everything that what you have learnt, to the Ummah. Please dont live in the past glory...  oh, don't riya'. Nak naikkan markah tu senang, tapi nak kekalkan tu payah.

Kalau result exam biasa saje, motivate yourselves to archive higher pointer/grades/marks next time.

kalau result teruk, or jatuh menjunam, please dont be sad. Jangan pula bunuh diri, nati tak cium bau syurga. Nauzubillah, su'ul khatimah(pengakhiran yang buruk). I know you already tried your best to learn, understand, and put sooooooooo much effort in it. Allah knows better. Everything happen has hikmah behind it. Perhaps, it is a tough subject for you, and your effort was not enough for it... or maybe you have deep understanding about that subjects, but you can't  answer it just like your lecturer's expectations. but, it helps you to find your weakness, so that you can improve or correct the mistake that you have done.
Tapi, kalau result teruk sebab memang tak belajar, cakap kat diri sendiri, "Aku harus berubah!", your result is not like what you want, right?

***
Anyhow, Alhmdulillah, praise to Allah, i got my result too, tak de la tinggi mcm dulu, tp still pada tahap yang okay. Kita belajar, niat mencari keredhaan Allah, usaha bagai nak rak (or in other words, give our best)... Allah melihat usaha, bukan natijahnya. Yang melihat hasil, hanyalah insan bernama manusia.

Presentation with Intan for Law of Torts II, dalam bilik tutor tak ada projector, so terpaksa la tulis-tulis, lukis-lukis kat kertas. Nak buat hologram tak mampu, huhuhu.

Bila tak belajar, bilik kemas, tersusun rapi semua barang,
tapi bila time study, habis meja jadi macam ni... ish3
Mind-mapping
Buku law tak ada gambar, so lebih best kalau lukis sendiri =)

Thats all from me for this entri. Yang baik datangnya daripada Allah, dan kesilapan semuanya datang daripada saya sendiri. 

Di mata kita, kita sedang menjawab ujian pada "paper, tetapi kita sering tak sedar, kita sering di uji sebagai hambanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Al-Ankabut:2-3





Saturday, April 13, 2013

What we want in this life?

Yeah, salah satu yang saya inginkan dalam hidup ini adalah kucing sebagai menghiburan hati & memuhasabah diri.

Tahukah anda. sebagai manusia apa yang kita mahu ada dalam kehidupan? Agar hati tenang dan gembira?

Seorang ustaz berkongsi pengetahuannya dengan saya, bahawa sesorang manusia mahu ada 6 perkara dalam hidupnya.
Ustaz: "Apa yang awak nak dalam hidup ni ada 6 perkara."
Saya: "6 perkara, apa dia ustaz? mcm menarik je."

Beliau pun start terangkan 6 perkara tersebut.

1. Hidup
"eh, kenapa pula kita nak 'hidup' dalam hidup kita?" soal saya kepada ustaz. 
Ramai orang di dunia ni tak nak 'hidup' sebenarnya. Tidur lewat, mcm tak nak tidur aje, lepas tu bangun tak nak, gi kelas tak nak, buat assignmnet tak nak...semua perkara yang membuatkan dia 'hidup', dia "tak nak", means dia tak nak 'hidup'. 

Kalau sesorang itu mahu hidup, dia akan gembira untuk tidur awal bila tiba waktunya, bangun dengan gembira, lakukan semua perkara dengan gembira. Barulah 'hidup' seseorang tu.

2. Self-development.
Kita sebagai manusia, kita nak diri kita lebih baik daripada sebelumnya, ayat yang lebih mudah, we want to be a better person. sebagai contohnya, kita belajar di sekolah rendah, naik sekolah menengah, lepas tu matrikulasi, then, degree.... Sure nak sambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi iatu master dan PhD. Mcm tu juga dalam pointer. 2 pointer dah cukup membuatkan seseorang pelajar tu untuk grad, tapi dia still nak 4 flat.  kita sentiasa mahukan diri kita di tahap yang tertinggi, baru kita berpuasa hati. itu adalah fitrah.

3.Soul-mate
Setiap insan mahukan pasangan hidup yang berlainan jantina dengannya. 2 perkara yang kita cari drpd pasangan kita iaitu cinta dan untuk mendapatkan zuriat. Kalau kita kawen dengan someone yang hensem, kaya... tapi kalau tak cinta, apa ertinya? kalau kawen dengan someone yang kita cinta but then, tak boleh nak dapatkan zuriat, what is the purpose of that marriage? Bercinta biar membuatkan kita kesyurga bersama, itu adalah seperti yang di firmankan oleh Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6. But sometimes, ada pasangan still bahagia walaupun tak dikurniakan zuriat. Mereka redha.

4. Ketuhanan
Dalam diri setiap insan, kita mahukan kebergantungan pada satu kuasa yang besar, sebagai seorang muslim, kita bergantung pada Allah, yang Maha berkuasa.. Lihat, ini menunjukkan yang kita accept yang kita ni sebenarnya lemah. hampir setiap manusia mempunya tuhan, tetapi ada juga yang free thinker(atheist). Bagi mereka yg free thinker ni, dieorng tak percaya bahawa wujudnya tuhan. Selalunya free thinker ni ada sejarah hitam sepanjang hidupnya, waktu susah,dieorg rasa  tak de sapa nak bantu dieorg. Free thinker selalnya menjadikan manusia sebagai sesorang yang perlu di puja. mcm org yg terlalu fanatik pada Michael Jackson, bila Michael Jackson mati, dia pun bunuh diri. Kita lihat contoh lain, kenapa orang jepun yang mengamalkan nilai2 islam seperti workaholic, menepati janji,  bersoih, maju dan sebagainya, ramai dikalangan mereka bunuh diri? ini kerana, mereka tak ada 'faith' di dalam hati.

5. Honour
Kita berusaha sebaik mungkin untk berjaya selalunya mengharap orang lain melayan kita dengan lebih baik. Ramai juga manusia yang mengaharapkan perhormatan, pujian daripada ciptaan lemah bernama manusia.  Sebenarnya, kita perlu melakukan semua perkara agar mendapat keredhaan daripadaNya. 

6. Menambah harta
Sekiranya manusia itu deiberikan 2 lembah gunung emas, mereka akan meminta yang ketiga. Manusia secara natuaralnya, mahu harta yang banyak.Lagi, lagi dan lagi. Dalam islam juga tidak melarang seseorang itu untuk menambah hartanya, cuma perlu mendapatkan daripada sumber yang halal dan juga membelanjakan ia pada jalan kebaikan & menginfakkan ke jalan Allah. Bila berharta, semua perkara menjadi mudah. Menuntut ilmu, membeli barangan keperluan harian, mengukuhkan sistem pertahanan, kawen (nak juga include, hahaha) dan sebagainya, menjadi lebih mudah jika kita berduit.
Sebab tu kita di sarankan berdoa " Yasirru wala tua'sirru" yang bermaksud, permudahkanlah, jangan susahkan.


Kesimpulan,
6 perkara yang di bincangkan ini adalah unlimited. Bermakna, kita sendiri kena limitkan supaya kita mencapai ketenangan hati.

"ramai orang nak kaya harta, tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan hati" kata ustaz sambil tersenyum.
Saya menambah, "Tapi kalau duit tak ada zaman sekarang ni, mcm mana nak dapat kekayaan hati? kena ada duit dulu la, baru boleh dapat kekayaan hati. Bila berharta, kena sentiasa merasa cukup dan bersyukur, lagipun org yang tak de duit mana boleh jadi seorg yg zuhud, kan ustaz?" =P


Lakukan segala perkara selagi tak bertentangan dengan hukum syarak. Lakukan yang terbaik dalam setiap perkara, cintakan perkara yang kita lakukan, Insya'Allah kita mendapat  keredhaanNya.

Gambar white board ni adalah hasil contengan bila nak motivate diri =)

Thursday, March 14, 2013

Melihat dengan mata hati

Kadang kala  rasa "down", "depress", sedih, hurmm...i dont know what is going on inside my brain.
(perhaps, i think i want to cry...)
Why All didn't accept my dua?
*************************
Pernah lalui situasi mcm ni tak?
Rasa mcm banyak je masalah yang datang. Hari2 bertambah masalah....
Masalah tak akan hilang, kita hanya mampu mengurangkannya.Yeah, I admit, kadangkala memang saya macam ni sebab saya juga manusia, punyai perasaan, fitrah utk berubah emosi.It's ok then, so, apa lagi, it is the time to motivate ourselves!

Mencontohi Ibu Nabi Musa
Cuba kita contohi Ibu Nabi Musa berdoa agar anaknya selamat daripada Firaun. Allah mendengar doa ibu Nabi Musa, lalu Allah menghanyutkan bakul yang di dalamnya ada Nabi Musa ke istana Firaun. Asiah dan Firaun mengambil Nabi Musa sebagai anak angkat, dijaga dengan baik. Nabi Musa hanya mahukan susu ibu kandungnya. Waktu itu, Ibu Musa  bimbang jika Firaun membunuh anaknya, tetapi dia yakin dengan Allah.

Adakah Allah tak mendengar doa ibu Musa? 

Be Positive!

Setiap yang telah di tentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, tiada yang berlaku secara kebetulan, semua itu adalah seuatu yang ditentukan tuhan. Cuma di mata manusia, kita sendiri me'label'kan ianya suatu perkara "baik" atau "buruk". Bila sesuatu ujian yang menimpa, kita sedih, "kenapa lah ujian ini menimpa diriku?". Bila soalan in berada di fikiran kita, Beriztighfarlah, kerana kita tak tahu hikmah disebaliknya.


La tahzan, innallah ha ma'ana
Janganlah bersedih, Allah kan bersama kita semua =)


Sunday, January 13, 2013

Secret of Daulah Islami

Islamic legal system 2 merupakan subjek kegemaran saya. Tak sangka, cita-cita sewaktu  asasi dulu tercapai bila saya belajar subjek ni. Alhamdulillah =)


 Time asasi dulu, saya belajar subject English for legal paper. So, kena tulis something yang berkaitan “legal” ni la… ramai kawan2 pilih tajuk yang best2, yang tak best pun ade..hehehe. Saya punya, sure la menarik dan mendebarkan. Dub dap dub dap gitu… cheewah!

Apakah tajuknya?
Waktu tu, saya amat curious, anxious, nervous…
Why not kita implementkan Syariah kat Dunia ni?
Tajuk yang di pilih “Islamic Law should be implemented impartially in my country”

Fokus pada tujuan, pedulikan alasan
Kata pujangga, ubah diri sebelum ubah dunia. Pedulikan itu semua, dan fokus tujuan asal manusia, kerana sampai hujung nyawa kita pun, kita tetap perlu cuba mengubah diri manusia yang diciptakan tidak sempurna. Mengubah diri dan dunia perlu seiring. Bila kita mengbah diri sendiri, kesan itu akan dipantulkan kepada masyarakat sekeliling. Sekirannya kita masih beralasan, tujuan mengubah dunia hanyalah ungkapan semata-mata. Ingatkan kembali, diri kita adalah fikiran kita bukan pemikiran orang lain terhadap kita.

Vicegerent of God
Dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah seperti yang terdapat dalm surah Dzariyat ayat 56.
Beribadah? Adakah ertinya sekadar solat sahaja? Or semua yang hanya melibatkan aktiviti-aktiviti di masjid, puasa, zakat, haji? No! no! no! (sambil goyang jari telunjuk).
Setiap yang kita  lakukan itu ibadah. Setiap perkara yang dimulakan dengan Bismilllah, juga ibadah, belajar, makan, minum, berhibur…Setiap perkara adalah  ibadah jika selari dengan Syariat Allah. Islam itu menyeluruh, mudah dan sesuai untuk manusia.

Sebagai khalifah di muka bumi, kita perlu mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Begitu banyak ayat-ayat Al-quran menyatakan perkara ini, antaranya…

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Al-Baqarah 104.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)” Al-Baqarah 110.


Ada satu perkara yang kita semua belum laksanakan…
"Laksanakan hukum Allah."
Fardu kifayah, kalau tak ada siapa yang buat, bedosa seluruh dunia. kan?

Only Allah has right to promulgate law for His creations.
Hanya Allah yang mampu membuat peraturan untuk manusia kerana Allah tahu segalanya, Dia mengetahui psychology manusia dan pastinya undang-undang yang dicipta olehNya itu bebas daripada kepentingan peribadi. Kerana Allah Maha mengetahui, Maha Halus dan Maha teliti. Subhanallah!

Establish Islamic Country
Tedetik di hati, terjentik di minda,
Hukum Allah pernah di laksanakan setelah tertubuhnya Negara Islam di Madinah. Negara yang meletakkan Allah di tempat yang tertinggi, serta masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama, sesbuah Negara yang mementingkan kebajikan manusia, menyebarkan dakwah dan melaksanakan hukum Allah. Pekara itu berterusan sehinggalah jatuhnya tamadun Uthmaniah.

Ketika itu, perkara agama dipisahkan dari dunia. Maka lahirlah masyarakat muslim yang majoritinya berfikiran dan berjiwa secular. Perkara yang bersifat ketuhanan hanya bersifat perbadi.
Punca ini terjadi adalah muslim kembali jahil, tidak mengetahui dan lupa tanggungjawab sebagai khalifah. Ilmu yang menyebakan manusia atau tamadun di pandang tinggi di mata dunia.

Untuk melaksanakan hukum Allah adalah wajib. Kalau tak laksanakan, boleh jadi sama ada kafir, zalim atau fasik… itu semua sudah tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat 44, 45 dan 47.  Sebelum melaksanakan Syariah, kita perlu menubuhkan Negara Islam terlebih dahulu kerana hudud  tidak boleh dilaksanakan tanpa Negara islam. Islam cannot stand alone.

Kepentingan Ilmu
Ilmu, boleh menjadi penyebab kebangkitan atau kejatuhan sesuatu tamadun. Pemulaan misi ini adalah menyebarkan ilmu tentang kewajipan kita sebagai khalifah di muka bumi. Setelah itu, kita harus memberikan penekanan yang serius dalam aspek pendidikan serta politik. Pendidikan harus diletakkan dalam priority kerana kesan pendidikan boleh mengubah pemikiran dan kesedaran manusia. Di sinilah, kita berlatih mengaplikasikan fiqh aulawiyyat, iaitu memberi keutamaan dalam kepentingan sesuatu perkara.

Penutup
Jika pihak barat boleh mengsekularkan pemikiran dan system undang-undang di bumi Islam, maka tak mustahil kita melaksanakan hukum Islam di bumi Islam sendiri. =)


Umat Islam perlu menjadikan Al-Quran sebagai panduan. 
Ayat-ayat Al-Quran perlulah difahami bukan sekadar melihat maksud literal, tetapi mengambil kira peristiwa dan keadaan ayat tersebut diturunkan, barulah kita mempunyai kefaham secara holistik terhadap ayat tersebut. Wallahu a'lam.

Monday, November 12, 2012

Impian Baru untuk masa hadapan.

Alhamdulillah, semalam ada meeting, so ade 5 program yg terlepas...hehehe. (kalau tak de meeting sekali pun, dapat pergi satu program je).

Meeting ini berkaitan dengan majlis tertinggi untuk tenure akan datang. Sejak mengendalikan DZN, banyak pula pesatuan bagi saya jawatan. Syukran, atas kepercayaan yang diberikan, walaupun saya dah menolak beberapa kali jawatan tersebut, demi mengutamakan pelajaran.

Setiap kali meeting, kena 'taaruf'. Ni la part yang paling best buat masa sekarang. Kenapa? sebab, kalau tak kenal maka tak cinta. ;) kalau tak kenal, macam mana nak bekerjasama...begitu la jalan ceritanya.

Dah nama pun ta'aruf, kena lah kenalkan nama, kulliyyah, origin, cita2, hobi dan soalan cepu cemas dari senior.

Setelah selesai memperkenalkan diri, saya memberitahu cita2 saya.... nak jadi Ketua Hakim Negara Malaysia pada masa yang akan datang.
"Yang Amat Arif Nur Adlin Hanisah CJ"

Tapi itu matlamat dulu, sebelum saya belajar Islamic Legal System.

-------------------------------------------------------------------------------

Cita-cita sekarang ialah....

Matlamat lagi 20 tahun, nak jadi seorang advocate & solicitor yang bergerak secara collective, fight for justice and mengembalikan daulah islami dalam sistem perundangan negara serta menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah, ummat yg terbaik. Insya'Allah! =)

Hobi saya, Insya'Allah mengikut sunnah Rasulullah saw.

=) Insya'Allah saya akan cuba buat yg terbaik (=

 Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitannya. Sejarah bangsa tidak lain adalah sejarah para pemuda yang berjiwa besar dan berkemahuan yang kuat.” -Hassan Al-Banna.

Friday, October 26, 2012

live life to the fullest-October '12

Grand Marriage di UIA
Salah satu pasangan yang berkahwin.
Jadual harian...tak termasuk tuttion, kelas tambahan, kelas ganti, program, meeting etc.
Ta'alim bersama IKRAM
Kelas Legal Method

pemandangan indah lepas subuh, uia diselubungi kabus =)

Makan bersama jiran di baskin robbins
i love them
Kucing uia
Ni anak2 Cat =)




Bambam sangat suka duduk atas bahu mama.
Cat dan anak2 yang telah pergi, mati sbb virus.


Skema 10. ni Hilal Asyraf.

Intan sgt baik.

Kawan2 dr upm.

Bilik lepas test tort.
Konon2 pack barang nak balik cuti mid sem.


Bambam suka sgt tidur dlm laci =) comel kan?


Makan bersama family di malam raya =)
Mama & Danish

Selamat hari raya qurban!


Mama & Jati
Beraya bersama mak cik ros.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...