Tuesday, September 27, 2011

Ikhtilat. What is that?



Ikhtilat. What is that?



Assalamualykum…Anda pernah terdengar apa itu IKHTILAT? Saya baru je kenal dengan istilah ni masa form5. Itu pun setelah membaca buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"-karya Fatimah Syarha, pemberian Along sewaktu hari jadi saya yang ke-17, pada 26 August 2009. Pagi tadi, saya membaca buku Aku Terima Nikahnya, pendahuluannya berkisar tentang IKHTILAT. Saya cuba memahami secara mendalam maksud IKHTILAT dan akhirnya saya membaca ‘Article comik’ tentang IKHTILAT.



Definitions



Dari segi bahasa à Pergaulan. Perkataan yang berasal dari kata dasar kholato yang bermaksud bercampur.


Dari kamus dewan 1989à pergaulan ialah percampuran sesama manusia sama ada lelaki atau permpuan. Pergaulan merupakan perihal apabila manusia bergaul, bercampur atau beraduk sesame sendiri.


Dari Ulama’ feqah à pergaulan sebgai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat & berlaku interaksi antara mereka yag mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami.


Pergaulan berbeza dengan Khalwat kerana khalwat ialah berdua-duaan lelaki dan perempuan ajnabi.


Ikhtilat Conditions



Darurat



  • · Keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang

  • · e.g. dalam perubatan, memberi perlindungan kepada perempuan (ikhtilat hanya boleh dibolehkan sekadar menghilangkan bahaya tersebut) atau ketika dalam peperangan melawan musuh islam.

Memenuhi keperluan atau hajat



  • · Muamalat maliyyah (urusan harta)

  • · Penyaksian (urusan mahkamah)

  • · Urusan kerja

  • · Lain-lain keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak.

Dalam majlis2



  • · Dengan syarat tidak melampaui batas sehingga melaggar hukum syarakiarah keluarga, sahabat atau jiran, melayan tetamu, menganjurkan kenduri–kendara.

Means, dalam keadaan biasa, di mana kita tidak mempunyai kepentingan, pergaulan antara lelaki & perempuan adalah HARAM, termasuklah bergurau senda, bertanya khabar, berbual mesra, apatah lagi meluahkan perasaan mengunakan SMS, Chat, Skype dan sebagainya.


Syaitan sering menggunakan wanita sebagai ‘senjata’ mereka. Sejata ini digunakan untuk memancing hati-hati Kaum Adam sedikit demi sedikit sehinggalah mereka lalai dari mengingati Allah.


Langkah pertama Syaitan ialah menggoda kaum hawa membisikkan agar mereka menghias diri supaya kelihatan lebih cantik & termasuklah membuka aurat. Sesudah itu, barulah syaitan membisikkan kepada kaum hawa keinginan untuk menarik perhatian kaum adam kepadanya.


Hal ini, bukanlah sesuatu yang sukar kerana kaum adam hanya memiliki 1 nafsu manakala kaum hawa memliki 9 nafsu. Akan tetapi nafsu lelaki adalah PEREMPUAN.



“ Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung pada ketinggian darjat ( maruah) kaum wanitanya..” (Fourier, C. n.d.)


Ikhtilat’s Guidelines



1.Tegas & serius



  • · Gaya: berdiri tegak & setempat. (elakkan dari berkelakuan gedik, manja dan menggoda)

  • · Suara: Hindari suara lunak atau lemah-lembut sehingga pendengar terpesona

  • · Firman Allah swt. “janganlah kamu terlalu lunakkan suara dalam berbicara, supaya orang2 yang ada penyakit dalam hatinya, tidak bangkit nafsunya dan berbicaralah dengan perbicaraan yang baik”.

2.Yakin



  • ·Jauhi sifat malu tak bertempat atau tersipu-sipu kerana ini mengganggu kelancaran anda dalam berkata-kata & seklaigus merosakkan gaya persembahan anda.

3.Tenang & natural.



  • Tidak terburu-buru

  • Tidak menjerit

  • Tidak membabitkan emosi

4.Jelas & lancar



  • · Kata-kata disusun dalam bentuk yang paling mudah untuk difahami. Pastikan pendengar mengahdam mesej anda dengan baik.

  • · Berdoalah “ Ya Allah, Lapangkanlah dadaku mudahkankah urusanku, lancarkanlah lidahku agar mereka faham perbicaraanku.

5.Ringkas, padat & terus-terang



  • · Tidak meleweh-leweh atau sengaja memanjang-manjangkan perbicaraan tanpa kepentingan.

  • · Elakkan selingan seperti bertanya khabar atau berjenaka

6.Cukup syarak



  • · Sekurang-kurangnya 2 perempuan untuk seseorang lelaki bagi mengelakkan fitnah. (Jika lelaki seramai 2 orang atau lebih, jumlah wanita sebaik-baiknya lebih ramai dari itu.

  • · Dari Umar R.A. bahawa Nabi saw bersabda, “Tidaklah kamu bertemu sesoarngf lelaki & wanita kecuali yang ketiganya adalah Syaitan…”

  • · Elakkan pertemuan di tempat-tempat yang sunyi atau tertutup.

7.Menghadap pendengar



  • · Merupakan adab & amalan Rasulullah ketika berbicara dengan seseorang.

  • · Tidak berbicara sambil mengiring atau melakukan kerja2 lain bagi tujuan menghormati.

  • · Menurut Yusuf AlQardawi,”perempuan & lelaki boleh memandang satu sama lain (pada yang bukan aurat” jika keadaan memerlukan dalam pergaulan mereka dengan syarat ia tidak disertai dengan nafsu syahwat atau menimbulkan fitnah.


Ouh, macam tu rupanya IKHTILAT. Mudah tetapi agak sukar untuk melaksanakannya. Insya’Allah saya akan bermujahadah! Kawan2, harap anda faham keadaan saya, inginkan kebenaran.


Ya Allah, jauhkanlah aku dari kejahilan. Amin~
Sekian Wasalam. Uhibbukifillah =) Renung-renungkan dan selamat beramal.


Pautan berkaitan... http://www.iluvislam.com/soal-jawab/tanya-ustaz/3699-batas-pergaulan-lelaki-dan-perempuan.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...