Wednesday, September 21, 2011

Miss you =)


Picture Jati dlm skype. (comeyl kan?. tengoklah sape kembar die..hehehe)

Sesiapa yang meng-right-click dan save as mana-mana gambar didalam blog ini untuk di bawa tidur atau simpan dalam wallet atau untuk dibawa kepada bomoh hujan atau tujuan-tujuan jahat lain,hendaklah bertaubat dan buang gambar tersebut.Kerana saya tidak menghalalkannya walaupun sebesar zarah. (Aqilah Farhanah. 2011)

Assalamualykum. Mungkin ramai tak pernah dengar cerita ni. Akan tetapi, disebabkan hanya beberapa hari sahaja lagi final exam utk final sem di Merbok, inilah cerita di belakang tadbir....jeng3

Orang kata, kalau bercinta, mandi tak basah, makan tak lalu, tidur tak lena.... tapi sindrom inilah yang terjadi pd saya sewaktu Minggu Orientasi di Merbok. Bayangkan, hidup asyik terbayang kembar sendiri, mcm org 'gila bayang'. Ye lah, sentiasa bersama sejak dari alam rahim (Bersama sejak alam roh tu...Wallahu A'lam), then dibesarkan bersama. Tetiba je berpisah. Hanya Allah je yang tahu.=(

Sepanjang 3 sem di sini, asyik teringat awak di sana. Macam manalah hidup awak sekarang, dibuli ke, membuli orang ke...who knows?
Bila jalan2 dekat merbok ni, bersepah kembar yang asik berkepit je, teringat zaman kita dulu.

Dan kini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, tetibe diburu rasa rindu pada awak. Harap hidup awak baik2 sahaja. Semoga kita dua berjaya!

Sekian. Wasalam with love from you beloved twin <3 uhibbuki fillah.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...