Friday, October 28, 2011

Mengisi masa =)

Assalamualykum semua. Saya baru sahaja menghabiskan semester ke-3 asasi undang2 di Merbok sebulan yang lalu. Daripada frust mengenangkan subjek "law3 a.k.a. loteri" yang memang membunuh, lebih baik memikirkan perkara lain yang lebih berfaedah. (tapi paper law mmg menyedihkan, huhu).

Niat di hati, memang nak sambung pelajaran di UIA. Sebab apa saya memilih UIA, hurm, banyak sangat faktornya. Fartor utama ialah kerana suasana islamik di situ, mungkin dari dulu frust tak dapat nak masuk sekolah agama. Selain daripada itu, dapat mengelakkan saya dari berfikiran sekular. Tolonglah, mana ada sesuatu yang terpisah dari agama. Islam kan the way of life.

Teringat sewaktu di pesta buku PWTC, ade seorang abang ni promote novel kpd saya dan kembar..."Adik minat buku macam mana?"....saya terus menjawab "buku novel sejarah islam atau novel islamik". akan tetapi abang tu masih nak promote buku novel die" ala, yang buku agama tu cari la kat buku agama, novel nie best, tentang kehidupan manusia". Saya terperanjat ibarat terkana halilintar! "wow, dasyat! kehidupan manusia terpisah dr agama???" monolog saya di dalam hati.

Sewaktu cuti ni, saya menghabiskan masa membaca buku 'Aku Terima Nikahnya', terbaca satu perenggan ni, waktu lapang pemuda yang disia-siakan akan 'membunuh' pemuda itu sendiri. Manusia itu ibarat air. Kalau statik, ia akan berlumut, kalau dinamik ia akan jernih. Contonya, air tasik tak bergerak sangat dan bertakung, ia akan berlumut dan menjadi busuk. Samalah juga dengan manusia, duduk sahaja tanpa ada nilai tambah, pasti tak bercambah tetapi menjadi susah dan semakin parah . Tu la...duduk rumah goyang kaki lagi... kan dah terkena kat batang hidung sendiri!

So, saya pun merancang aktiviti untuk masa hadapan. (ish, banyak pulak benda yang nak dilakukan, sampai overlap jadual tu).

1. Melawat Jati di UM, berkenalan dengan kawan2 die.
2. Berseorangan ke UIA untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kemasukkan die.
Dalam perjalanan ke Gombak
Sure korang pelik mcm mane boleh capture gambar sendiri kat tempat awam
Jawapanya ialah kerana saya seorang je dalam train ni =)


3. Menjadi bodyguard mama
4. Sertai FCR phase3
5. Pergi seminar di IKIM, adakah negara ini negar ISlam atau Sekular?
6.Pergi Kursus di Jabatan Kementerian Luar Negeri, tentang Peace and Security in Islam.
7...Baru nak start kerja, as kerani
8. Start business 'Tiramisu Manja"

Jadual seharian...(lebih kurang la)
Lepas subuh, tonton Tanyalah Ustaz...
Kalau tak berminat nak tonton,...saya akan BerFB, update blog atau ZZzZzZzz dpn Tanyalah Ustaz...hehhe
Then, pukul 8 pg bersiap ke opis...Balik rumah pukul 7
Malam buat Tiramisu...

Kadang2 tak ke opis, buat jualan. Bestnye!
Rasa macam sekejap je masa berlalu, dan masa2 itu terisi dengan aktiviti bermanfaat.Alhamdulillah.

Seperti dalam surah Al Asr, kita kerugian dalam masa yang diberikan melainkan yang beriman soleh serta berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Sekian Wasalam Uhibbukifillah. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Semoga Allah merahmati kalian. =)

Ada aktiviti menarik!
1.

Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah III

Tema:

Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia

.

Tarikh:
12 November 2011 (Sabtu)

Masa:
8:00 pagi – 5:00 ptg

Tempat:
Moot Court
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA

Untuk pendaftaran awal sila hubungi :

Sdr. Nasrul – 012-650-6404
Sdr. Wan Burhan – 016-395-6497

This November, UIAM will host:

Br. Shah Kirit & Engku Fauzi

for an Intensive and Powerful 2 - day Course on Dawah and Comparative Religion - Friendly Comparative Religion (Phase1)

What are the Chinese Beliefs?

What does the Qur'an say about Science?

Does the Bible call Jesus God?

Do Hindus worship many Gods or one?

How to invite non-Muslims to Islam?

Why is Islam the Truth?

19-20 Nov 2011

Sat/Sun: 8:00am - 5:30pm (both days) Moot Court, AIKOL, IIUM

DONT MISS this chance

OPEN FOR ALL (Students and Outsiders)! Books, DVD, Certificate and Lunch included!

ALL THIS for ONLY RM 30!

HURRY! Limited Seats!

Register at our booths in IIUM near

ITD, HS and Sisters' Mosque Entrance

from

31Oct(Mon) - 4Nov(Fri)!

Let your friends know through Facebook/Google+

Poster attached.http://groups.yahoo.com/group/fcr_alumni/attachments/folder/1857407984/item/836901830/view

For further information:

email: iiumfcr@gmail.com

phone: 0172541794

Muhammad Kashmiri

Dua2 aktiviti ni memang bagus, memang best...Insya'Allah! =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...