Tuesday, November 15, 2011

Cinta di sanubari

Assalamualaikum. Kesibukan kadangkala membuatkan kita kita terperangkap...tetapi, kalau tak sibuk, bukan kehidupan namanya. Dalam celah kesibukan harian, saya menulis puisi ini...


Dengarkanlah suara hati ini berbicara

Tentang diri sebagai hamba

Mencari cinta yang membawa ke syurga

Agar mendapat keredhaan daripada-Nya


Mengertilah wahai insan sekalian

Aku wanita ibarat mawar berduri

Juga mempunyai hati dan perasaan

Tetapi ada batasan memagar diri


Kuatkanlah ketabahan diri ini

Untuk menjaga cinta dalam hati

Selain mencintai Allah, nabi, abi dan umi

Cintaku hanya kepada yang bernama suami


Terimalah prinsipku seada nya

Kerana diriku manusia biasa

Punyai kelemahan dalam semua perkara

Itulah sebabnya aku tidak sempurna


Fahamilah puisi ini sedalam-dalamnya

Agar kelak kau tidak kecewa

Memberi harapan hanya palsu belaka

Takdir Allah tiada tandinganNya.


Sekian Wasalam =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...