Sunday, November 20, 2011

Ilmu


Assalamualaikum semua.
Ilmu. Sesuatu yang abstrak dan amat luas. Ilmu adalah cahaya, yang menerangi hidup kita dan agar kita dapat mencari sesuatu kebenaran...kerana mencari kebenaran adalah fitrah setiap manusia.

Alhamdulillah, Allah sentiasa menyayangi hambaNya. Kita harus bersyukur kerana kita di beri ilmu oleh Allah, supaya ia memberi manfaat dan kebaikkan dalam diri kita. Ilmu itu harus diamalkan dan diajarkan kepada orang lain, agar manusia dapat mentauheedkan Allah, menjadi hamba yang sentiasa mengharap keredhaanNya.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya ,Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."-
Anas r.a

Ilmu itu, semakin banyak kita pelajari, baru kita tahu,lagi banyak ilmu yang kita tak tahu.Subhanallah, luasnya ilmu Allah. Ilmu yang dimiliki hanya beberapa titisan air di lautan. Alangkah sedihnya, sekiranya kita berbangga dengan ilmu yang sedikit ini. Astagfirullahal a'zim.. Ya Allah, ampunkanlah.

Kita tidak boleh iri hati atau hasad kepada insan lain kerana kecantikan, harta, keturunan dan kelebihan seseorang itu kecuali iri hati kepada insan yang membelanjakan hartanya ke jalan yang benardan diredhai Allah serta ilmu yang dimiliknya.

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.-
Riwayat Hadith al-Bukhari

Menuntut ilmu itu ibadah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".-
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Niat menuntut ilmu haruslah betul, kerana Allah swt. bukan kerana kepentingan diri. Imu sesorang itu bergantung dengan usahanya menuntut ilmu. Selain itu, orang yang berilmu diangkat martabatnya berbanding orang yang tidak berilmu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menuntut ilmu kerana ia adalah jihad, dan tuntutlah ilmu islam kerana darjatnya lebih tinggi disisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”-
Riwayat Abu Daud

Tuntasnya, ilmu yang berkat menyebabkan seseorang itu bertambah ilmunya, semakin cantik akhlaknya dan meningkat ketaqwaannya kepada Allah. Awas daripada menjadi golongan "Bodoh Sombong",please, buang ego dalam diri. kalau tak tahu tanya, kalau tahu, tingkatkan pengetahuan dangan ilmu belum diketahui. ;)


Sekian Wasalam Uhibbukifillah =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...