Sunday, December 11, 2011

Bajet bagus =p


Penyakit "Bajet Bagus" ni sememangnya begitu sinonim dengan sesorang yang merasakan dia ada 'something' yg orang lain tak ada. Saya juga tidak telepas dari penyakit "Bajet Bagus" muahaha (mengaku pun)...tp, itu dulu, sekarang Alhamdulillah tak dah. Antara symptom2 nya ialah rasa diri tu famous, pandai, lebih hebat, ada kuasa dan sewaktu denganya.
Kalau nak tahu symptom2 lain seseorang itu "Bajet Bagus" ialah seperti berikut...jeng3!
  • Cepat marah
  • Competitive
  • Kalau bercakap, dia rasa die seorang je betul (spesis bendera tak nak jatuh... pergh!)
  • Nak lebih dari orang
  • Terlalu memikirkan apa yang "orang" kata
  • Sangat bergantung kepada pencapaian spt Title, harta etc.

Ehem!...dah muhasabah diri anda?
Rasa2nya, kena tak batang hidung sendiri? hehhehe.. (mulut kata 'tidak', tapi hati mengatakan 'Ya'.) =p

Mari kita kaji balik, sebab apa symptom2 yg telah disebutkan ada pada org yg "Bajet Bagus" tu...
Begitu juga kesanya!

Cepat marah
Selalunya, orang yang cepat marah ni, dia rasa 'superior' dari org lain. Contohnya, kalau org yg lebih berkedudukan buat salah dia, dia tak akan mudah marah, akan tetapi, sekiranya seorang 'bibik' melakukan kesilapan yang kecil, cepat je dia nak melenting. Hal ini berlaku kerana, dia rasa dia lebih kaya, berilmu dan berkuasa dari 'bibik' dia. Buat 'bibik' mcm hamba...lupa bahawa dia dan 'bibik' tu sama je, iaitu hambaNya. Ingatlah, 80% tenaga manusia digunakan untuk marah. Marah melemahkan sistem immune, dan seluruh badan kita. Marah juga menyebakan seseorang itu berisiko untuk mendapat sakit jantung 3kali ganda.

Competitive
Sikap berdaya saing adalah bagus dalam mencari ilmu dan melakukan kebaikan. Kita perlu berusaha berada di kalangan yang terbaik, bukan berusaha menjadi yang terbaik dari segi pencapaian, harta atau sbgnya. When we try to compete with others, mula la hasad dan iri hati. Sebab...setiap nikmat tuhan itu ada pendengkinya. Cuba bayangkan kita try to be the best, sure ramai nak sabotaj. kan...

Kalau bercakap, dia rasa die seorang je betul (spesis bendera tak nak jatuh... pergh!)
Memang best rasanya bila kita bercakap semuanya betul, asyik menang je. Akan tetapi, kita ni manusia banyak kelemahan la. Bila bersembang or menyampaikan sesuatu, sure ade fakta yang tak tepat atau kita bukan hebat segala benda. Peringatan: selalu org bendera yang tak nak jatuh ni sanggup menipu!. So, jangan marah la kalau ade orang tegur kesilapan kita atau dia bercakap lebih daripada kita. Kalau kita jumpa someone ni, bila bersembang, asyik dia je betul, dia je menang...Apa yang korang rasa? Annoyed tahap dewa! Maka, janganlah jadi spesis bendera tak nak jatuh ni!

Nak lebih dari orang lain
Semua benda nak lebih dari orang lain. kalau org lain lebih sikitje, mula lah dengki...iri hati. (busuk punya hati!). Kalau jiran beli TV plasma baru, dia pun nak beli TV juga, Plasma + 3D punya....Asalkan tak kalah la. Selalunya sikap mcm ni memakan diri, mungkin akan berhutang atau menyusahkan diri sendiri. Lebih kurang sama je dgn 'competitive'.

Terlalu memikirkan apa yang "orang" kata
Inilah yang selalu terjadi kepada orang yg tak ada pendirian diri. Tak ikut kata hati. Masih dalam pemikiran budak sekolah, yang selalu terpengaruh dengan kata-kata orang lain iaitu rakan2. Dalam hati kata "suka" untuk memakai baju 'colourful', tapi asyik memikirkan org akan kata "mcm badut", "terang sangat mcm pelangi' dan sebagainya yang menyebabkan dia terpaksa melupakan hasratnya. Sedih bukan? Mengongkong diri sendiri dan hidup seperti bayang2. Bahagiakah? Jangan ada budaya ikut orang.

Sangat bergantung kepada pencapaian spt Title, harta etc.
Kita selalu sangat jumpa orang mcm ni, "Eh, panggil I Prof. Dr. XYZ la, Bukan XYZ je". Org mcm ni terlupa, bahawa title itu hanya tempelan di nama sahaja. Not more than that. Padahal, lepas meninggal nanti, kita dapat title Allahyarham je. Tu pun dah lupa...ish3!. Apa yang kita akan bawa selepas mati nanti hanya sedekah jari'ah, amal soleh dan doa anak yg soleh...bukan harta, & sbgnya.

Sebenarnya...kita tak layak merasa lebih daripada org lain atau Bajet bagus, kerana segala yang MAHA lebih itu Allah swt sahaja. Hanya Allah sahaja yg layak. Insafilah kesilapan kita...makhluk yg lemah, yg tak mampu buat apa2. Manusia, kalau bersih jiwanya, bersihlah juga fizikalnya. Fahamilah, orang yang memuji kita adalah orang yg sedang membunuh kita, manakala orang yg menasihati kita adalah org yg sedang membantu kita.

p/s:
Mari menuju Allah
Mencari keredhaan Allah
Mencari ilmu untukk mengenal Allah

Sekian. Wasalam. Uhibbukillah. =)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...