Monday, December 5, 2011

Bukan tertipu, tapi menipu!

Suasana damai di perkarangan sekolah, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan duduk berpasangan menjawab kuiz yang diberikan oleh Cikgu Harni.“Tulislah apa yang ‘kita’ cakap tadi!” aku merungut . Jawab Fifi untuk menegakkan pendiriannya,“Ala…perkataan tu sama je maksud die, tak payah la nak tulis lagi”. Masing2 menarik muka, bertegang urat tentang perkara yang kecil. “Ah, masing2 ego!”, desisku di dalam hati. Tiba-tiba, bunyi ketukan kedengaran…

“Ya Allah, aku mimpi rupanya!”. Aku terjaga dari tidur kesan daripada bunyi pintu yg diketuk oleh mama. “Lin. Subuh”, kata mama sebelum beredar. Aku duduk dibirai katil. Imbasan detik lalu, satu-persatu singgah di fikiran. Mimpi tadi, seperti aku masih form5. Mimpi itu bukan dejavu kerana ia tak pernah berlaku. “aztagfirullahal a’zim, cepatnya masa berlalu, tapi apa maksud mimpi tu?!”. Ada 4 Perkara yang merungsingkan fikiranku hari ini.

1.Dunia menipu?

“Dunia! Kenapa tipu manusia? Sebab Dunia, ramai yg menyekutukan Allah! Dunia yang menyebabkan manusia leka dan alpa dengan matlamat mereka. Cis Dunia!”Opps. Sabarlah duhai hati, bawa bertenang. Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat. Dalam surah Dzariyat ayat 56 menyatakan Allah menciptakan manusia untuk menyembahNya. Tetapi manusia diberikan akal dan nafsu, untuk menguji keimanan manusia. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Jika kita memanfaatkanya, Insya’Allah, kita mendapat “husnul khotimah” iaitu penghujung yg baik.

2.Hakikat kehidupan.

Masa berlalu dengan pantas. Pepatah arab mengatakan “Masa ibarat pedang” kerana sekiranya kita tidak memanfaatkan masa dan mengejar masa, maka masa akan mencantas kita. Masa begitu licik, sebab tiada seorang manusia pun dapat menangkapnya. Ia datang dan berlalu meninggalkan kita. Masa bukan emas, yang boleh dibeli dengan wang. Oleh itu, kita sebenarnya sedang menghampiri kematian. Life is Short, terimalah kenyataan ini!

3. Kantoi la…

Dalam surah Al-Zalzalah menerangkan apa yang kita lakukan di dunia, semuanya akan diperlihatkan di padang mahsyar nanti, sama ada perbuatan baik atau sebaliknya. Kita akan malu sekiranya perbuatan kemungkaran kita di pertontonkan kepada semua, Nauzubillah!. Habis lebur semuanya, terlalu malu waktu itu. Renungkanlah.

4. “Attitude” manusia

Sifat manusia ni pelupa. Selalu menyalahkan orang lain (self-serving bias), padahal diri sendiri lupa untuk mengikut panduan Al-Quran. Menyalahkan orang lain, takdir…kalau boleh diri sendiri je betul. Ada juga yang berkata “Ish, ni semua Syaitan la punya kerja!”. Syaitan tu buat kerja dia untuk menyesatkan manusia…akan tetapi, adakah manusia pula buat kerja menyembah yang Maha Esa?.(Persoalan ni jawablah sendiri). Asalkan boleh menjawab, jawablah selagi mulut boleh bercakap!”. Ingatlah, di kubur, apabila di soal “Marobbuka?” (siapakah tuhan kamu), mulut terkunci rapat, iman menjawab. Begitu juga di padang mahsyar nanti. Bagaimakah keadaan kita?

Tuntasnya, bukan kita yang tertipu dengan dunia kerana Allah telah memberi peringatan dan panduan yang jelas kepada kita. Cuma kita yang menipu diri sendiri untuk mencari kepuasan 'syurga dunia'. itu salah sendiri (bukan salah ibu mengandung)=p

p/s: kalau tersalah fakta atau nak berikan sebarang pendapat, sila komen atau hantarkan email ke nuradlinhanisah@yahoo.com

sekian, wasalam. =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...