Monday, January 2, 2012

Dunia diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk Akhirat

Assalamualaikum, pernah tak terfikir sebab apa kita nak berjaya?

"Saya Nak Berjaya Supaya Tak Menjadi Fitnah Kepada Agama!"

Maksud statement di atas ialah, bila sesorang itu berjaya, menunjukkan Islam bukan hanya mementingkan akhirat semata-mata,... dunia juga di ambil kira.

Akan tetapi...

Apa yang berlaku kepada kebanyakan umat Islam sekarang ini amat melawan fitrah Islam itu sendiri. Nak berjaya, tetapi tidur lambat, bangun lambat...solat entah ke mana, makan tak jaga, hiburan setiap masa... Adakah itu langkah2 untuk berjaya? Sedar atau tidak, perbuatan kita yang kononya "mahu berjaya" ni sebenarnya merupakan fitnah terhadap agama kita sendiri.

Sudah2 lah guna alasan "tak mahu menjadi fitnah kepada agama" kalau nak berjaya.

Kita adalah hamba Allah setiap detik dalam hidup kita. Lakukan sesuatu hanya untuk mencari keredhaanNya, Insya'Allah pasti berjaya. Kadang2 kita diuji dengan musibah yang menimpa, kita harus redha dengan Allah kerna kita adalah hamba, dan kita layak diuji. Kita diuji untuk mengetahui tahap keimanan kita terhadap Allah, dan sekiranya kita redha kepada Allah, maka Allah akan redha kepada kita.

Tafsir Al-Quran: Surah Al-Ankabut, Ayat 2 & 3

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


Tanpa akhlak, rosak ibadah. Setiap yang kita lakukan adalah ibadah, seperti makan, tidur, berkerja, menolong ibubapa, belajar dan sebagainya. Jangan meletakan skop ibadah hanya di Masjid. Sekiranya kita melawan fitrah seperti tidur lambat, maka kita akan susah bangun pagi. Bak kata pepatah, "Early to bed, early to rise". Contoh lain adalah, sekiranya kita ayik tidur yg menyebabkan tidur yang berlebihan, maka badan akan menjadi lemah dan lesu, kepala pening dan kosentrasi terganggu. Contoh2 yang diberikan adalah contoh orang yang melawan fitrah sebagai manusia yang perlu tidur antara pukul 10-12 kerana hormon melantolin terhasil paling banyak ketika itu, dan manusia dewasa perlu tidur 6-7jam sehari, tidak kurang dari 5jam sehari. itulah maksud ibadah kita akan rosak kalau kita tidak menjaganya.

Pesanan buat diriku yang mudah lupa.
Saya nak jadi KAYA , BERILMUdan BERJAYA kerana Allah.
Sekiranya saya KAYA, duit itu boleh digunakan untuk memperjuangkan Islam.
Sekiranyasaya BERILMU, saya akan mengenal Allah dan memahami Al-Quran dan mengumplementasikanya.
Sekiranya BERJAYA, Insya'Allah meraih redhaNya ....wallahu a'lam.

Sekian. Wasalam uhibbukifillah =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...