Sunday, February 26, 2012

Muslim harus menjadi produktif 1.



Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsi cara menjadi seorang yang produktif kerana kita adalah umat yang terbaik!. Seperti yang yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah Ali Imran ayat 110.
'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.
Oleh itu, kita mukmin...lakukan yang terbaik dan dapatkan yang terbaik!

PRODUCTIVITY
Apa?
= Fokus + Tenaga
(kearah matlamat & menambah ganjaran untuk akhirat)
Kalau tak fokus tapi bertenaga, tak akan jadi apa2, kerja sambil lewa. Kalau ada fokus tapi tak ada tenaga, kerja susah nak berjaya. Maka, kita harus fokus dan bertenaga agar apa yang dikejar dapat, yang dikendong tidak berciciran.

Semuanya bermula dengan NIAT dan membawa kepada TINDAKAN yang memberikan HASIL.
NIAT--->TINDAKAN--->HASIL

Kenapa?
Kehidupan akan jadi sangan membosankan kalau kita tak menjadi seorang yang produktif.
  1. Mengikuti Al-Quran dan Sunnah
  2. Kunci Kejayaan
  3. Memberi makna kehidupan
Bagaimana?
  1. Ilmu- Kita perlu mengetahui ilmu untuk melakukan sesuatu.
  2. Tindakan
  3. Berterusan/ Istiqamah- Amalan yang terbaik adalah sesuatu yang dilakukan secara berterusan.

Oleh itu, kita harus menjadi seorang yang disiplin untuk melakukan sesuatu secara berterusan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...