Thursday, April 5, 2012

Learn is easy!

Dalam kepekatan malam, hormone melantolin badan belum lagi dirembeskan sebagai isyarat mengatuk. Mungkin kerana sudah tidur sebentar (qailullah) pada waktu zuhur tadi atau mungkin juga kerana masih ada sesuatu yang masih berlegar-legar di fikiran.

Teringat sewaktu subjek Islamic Legal System, pensyarah saya menerangkan tentang ayat-ayat A-Quran yang berkaitan dengan Shariah dan fiqh.

“It is better if you can include these Quranic verses to support your point” katanya sambil tersenyum.

“But…how can we memorize? Even all short surah also, is hard to keep it in our mind.” Saya mencelah.

Dia hanya diam mendengar pendapat saya, lalu tersenyum. “We are always in learning process. Learn is easy! The first verse revealed by Allah to Prophet Muhammad SAW is ‘Iqra’….Just start from ‘Iqra’.” Ulangnya lagi sambil tersenyum.

“Wah, tiba-tiba rasa macam senang je belajar ni rupanya!” monolog sendirian pabila rasa diri di suntik motivasi. =)

Akan tetapi, persoalan baru muncul difikiran…

Actually, I wonder how those Hafiz and Hafizah can memorize the whole Al-Quran?

Persoalan ini dipendam sampai menjadi sesuatu yang sukar dipadam. Hampir setiap hari memikirkannya. Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh?... Kalau pensyarah saya mula menghafal sejak berumur 30-an….saya yang belum mencapai umur 20-an ni apa pula masalahnya? Umur bukan pengahalang…begitu juga keadaan sekeliling atau factor –faktor luaran yang lain. Yang penting, saya masih bernafas, hidup dengan nikmat yang berterusan. Cuma… kadang kala, saya yang tak sedar dengan nikmat-Nya yang luas ini. Seperti firman Allah dalam surah Ar-Rahman, “Nikmat yang manakah yang engkau dustakan?”.

Mahu belajar atau tak, semuanya bergantung pada diri sendiri. Sedangkan orang yang buta pun ada juga yang beroleh sijil sarjana muda. Sedangkan orang kurang upaya untuk berjalan pun saya lihat, dia masih mampu ke kelas setiap hari. Saya sangat kagum dengan mereka. Kalau nak dibanding dengan diri ini, hanya sedikit usaha yang telah dilakukan. Aztaufirullah hal a’zim!

Lewat petang tadi, setelah usai kelas Islamic worldview, saya berjalan ke pasar malam dengan seorang sahabat yang pernah belajar di Darul Quran. “Dulu, macam mana akak start hafal Al-Quran?” saya mengubah topik perbualan yang sebelumnya hanya berkisar tentang subjek-subjek undang-undang.

“Mula-mula, hafal satu demi satu ayat… lepas tu ulang. Baca lagi …then ulang dari muka surat pertama. Memang ambil masa yang lama. Tapi Insya’Allah boleh. Bila dah hafal satu Al-Quran, kena amalkan dalam kehidupan seharian, kalau tak, mesti lupa balik.” Itulah jawapan yang dicari-cari selama ini. Saya tersenyum puas di hati.

Belajar, sebenarnya amat senang… perspektif seseorang bergantung pada diri masing-masing. Diri sendiri yang akan menentukan ia nya mudah atau payah. Akan tetapi, kefahaman terhadap sesuatu adalah di bawah kekuasaan-Nya. Berdoa dan mohonlah agar Allah memberi kita kefahaman mendalami ilmu-ilmunya

Dalam melakukan sesuatu, fikirkan kembali apa niat kita, kerana semuanya bermula dari niat. Membuat sesuatu kebaikan tanpa niat adalah sia-sia. Setiap hari, perbaharui niat kita… agar kita lakukan semata-mata kerana Allah swt.

Renungkan dan muhasabah.

Wasalam uhibbuki fillah <3.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...