Thursday, April 19, 2012

بلغوا عني ولو آية - Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat





Assalamualaikum wahai sahabat yang dikasihi kerana Allah. Sudah lama kita tidak bersua pena blogger kerana kesibukkan yang melanda. Apa khabar iman mu hari ni? Insya'Allah, saya berdoa agar iman kita, walau ada turun naiknya, semoga ia turun tidaklah terlalu rendah dan meningkat lebih lagi daripda kebiasaan.

Petikan hadith dalam perkataan arab di atas yang berbunyi "ballighu Anni Walau Ayah" membawa maksud sampaikan daripadaku (Muhammad) walau satu ayat. Hadith ini di riwayatkan oleh Bukhari. Sounds familiar? saya selalu menyebutnya dalam bahasa melayu, Alahmdulillah, semalam saya berkesempatan menghadirkan diri ke satu program 'syoknya dakwah' yang telah mengajar saya hadith ini dalam bahasa arab. Sungguh, walau maksudnya sama, tetapi saya rasa lebih bermakna.

Dalam berdakwah selalu kita dengar, "Ala, aku tak cukup ilmu lagi la", "saya tak berapa reti nak cakap dengan orang la", " ana segan" dan bermacam lagi etc... Tahukah kita, sebarkan satu ayat sahaja sudah mendapat pahala? nak hafal satu ayat, bukanya susah seperti menghafal satu textbook contract. Bahkan, lagi senang daripada menghafal lirik lagu. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Hidup adalah pilihan, kita yang tentukan dengan keputusan.



Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Rad 13:11)



Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang pergi mendengar ceramah di kampungnya, ustaz yang memberi ceramahnya berkata...


"Kalimatan, Hafifatan alal insan, Tsaqilatan fil mizan, habibatan ilarrahman. Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil a'zim"



...yang bermaksud, kalimah yang ringan di lidah, berat di neraca mizan dan disukai Allah. Subhanallahiwabihamdihi, Subhanllahil A'zim.

Di akhir cramah, ustaz tersebut menyebutkan hadith, "Balighu Anni Walau Ayah". Si lelaki terkesan di hatinya dan mengingati ayat "Kalimatan, Hafifatan alal insan, Tsaqilatan fil mizan, habibatan ilarrahman". Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil A'zim. Lalu dia pun beredar setelah tamat ceramah itu.

Setiap orang yang dijumpainya, pasti dia akan sampaikan ayat itu sehinggalah satu hari dia jatuh sakit dan di tahan di wad. Doktor yang sedang merawatnya melihat si lelaki tersebut hendak mengatakan sesuatu. "Mungkin pak cik ini nak membuat wasiat", sangkaan si doktor. Doktor mendekatkan telinganya di bibir lelaki itu."kalimatan hafifatan alal insan...." setalah selesai mengucapkan ayat yang diingati, dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Subhannallah!

Demikianlah kisah yang diceritakan oleh ustaz syed tun hisyam padang semalam.

***
Memberi nasihat, bukan bermakna orang yang memberi lebih baik daripada orang yang mendengar nasihat. Kemungkinan, orang yang menerima nasihat itu lebih baik. Tetapi, soal siapa lebih baik bukanlah persoalannya di sini. Semua manusia adalah sama, cuma yang membezakan adalah taqwa.

Kalau kita perasan, sewaktu diri berbicara, telinga sendiri paling dekat jika dibandingkan dengan telinga orang yang di sampaikan. Maksudnya, bila memberi nasihat, sebenarnya kita menasihati diri kita sendiri. Seperti dalam surah Al-Asr, "Demi masa kita kerugian melainkan yang beriman dan beralam soleh serta berpesan kepada kebenaran dan kesabaran." Oleh itu, marilah kita memanfaatkan masa dengan menyampaikan kepada orang lain tentang kebenaran dan kesabaran di samping beriman dan beramal soleh.

Dakwah, adalah jalan yang di hiasi dengan duri kerana akan berhadapan dengan;


1. Muslim yang dengki.
2. Musyrikin yang marah.

3. Kafir yang merancang utuk menghancurkan.
4. Nafsu yang menggoda.

5. Syaitan yang menyesatkan.


Muhasabah kembali. Insya'Allah, kita pasti merasai kemanisan cintaNya.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...