Monday, May 7, 2012

Teknologi pencetus kreativiti diri


Subhanallah, cantiknya pemandangan! Tanganku laju mencapai telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Along pada tahun lepas dan mengambil gambar ini untuk dijadikan kenangan....Sungguh indah!

Teknologi canggih yang aku miliki, memang sukar untuk mengawal diri. Almaklumlah, teknologi ini mampu membawa kita ke arah kebaikan atau kerosakan. Lihat sahaja remaja-remaja sekarang, sudah pandai menulis blog dan ada di antara mereka yang menjadi vlogger yang hebat menyampaikan mesej tersembunyi.. Adik-adik kecil pun sudah mempunyai akaun fb sendiri. Itulah kita, Generasi Y, generasi teknologi yang sangat canggih.Setiap individu mempunyai gadget sendiri yang bukan lagi suatu kemahuan akan tetapi keperluan. 

Namun, adakah kita telah memanfaatkan teknologi sebaiknya? Adakah kita antara salah satu punca kecelaruan matlumat atau menyebar fitnah dari pengkhianat?

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang ini. Proses globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan membuatkan manusia semakin pintar tapi malas berusaha. Sekiranyaa diberi assignment, jarang sekali kita sebagai pelajar untuk mencari maklumat di perpustakaan, culas sungguh kita membaca buku beratus halaman untuk menambah ilmu. Yang kita hanya lakukan adalah cari maklumat di Google atau sebagainya dan menekan "Ctrl + F" untuk memudahkan pencarian kerana objektif semata-mata untuk menyiapkan assignment. 

Selain itu, gejala sosial yang semakin meruncing juga merupakan kesan daripada penggunaan tekologi yang canggih ini. Gambar-gambar dan video yang menggairahkan dipertontonkan kepada umum memberi impak negative kepada psychology manusia. Cinta juga boleh berputik di alam maya maka muncullah terma "cinta muka buku" oleh najwa.

Maklumat hanya dihujung jari...however, the power is in our hand. I have the choice to decide whether it is right or wrong. Status di FB boleh kita gunakan sebagai pesanan atau nasihat kepada kawan-kawan di FB. Menyampaikan suatu kebenaran walaupun satu ayat. dan berkata benarlah walaupun pahit.

Alhamdulillah, handphone berkamera  ini, tidak akan aku sia-siakan. Akan aku jaga ia daripada tercemar dari gambar yang melalaikan hati dan membunuh jiwa. Insya'Allah.=)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...