Monday, July 30, 2012

Apa ertinya kekasih tidak bernyawa?


Sure ramai pelik, apa kaitan tajuk dengan video ni kan? mcm tak related langsung.

Well, mcm ni ceritanya....
Hari tu, masa saya ber'meeting' dengan volunteers satu program ni, tetibe Pengarah projek tanya, "sebenarnya, solat tu apa maknanya?"...mmg la boleh jawab ikut skrip mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka...tapi still tak memberi erti  solat yang sebenar.
Sekali, ada brother ni jawab, "Connection!".

Connection?
Dalam ramai2, dia seorang je boleh jawab. saya tak tau la dia memang dasyat ke or kiteorg yang tak tau. Tercabar rasanya, ewah! Connection between human and Allah. Waktu solat adalah waktu kita online dengan Allah. Segala yang diungkapkan adalah conversation kita padaNya. Solat adalah ibadah yang membuatkan kita dekat dengan Pencpta dan waktu sujud merupakan waktu paling afdal untuk berdoa.

Kebergantungan dengan Allah
Masa saya kecil2 dulu (skrg dah besar), tertanya-tanya juga, kenapa perlu solat? Statement 'solat tiang agama' still saya tak faham. tak menjawab soalan agaknya. Solat menunjukkan kebergantungan kita pada Allah. Sebagai manusia, sentiasa memerlukan dia dalam hidup kita untuk kita hidup, merayu, berjaya, memohon rezeki  dan sebagainya.  Solat adalah sebagai tanda syukur kita kepadaNya. Nabi Muhammada pun pernah ditanya, kenapa menagis dalam solatnya, sedangkan Rasulullah dijamin masuk syurga. Rasulullah berbuat begitu kerana bersyukur. Kita pula bagaimana? Tepuk dada, tanya iman. Say Alhamdulillah =)


Beza solat dengan ibadah lain
Solat adalah ibadah yang difardukan di atas langit. Hebat kan? 27 Rejab, tanggal Isra' Mi'raj, nabi dijemput menemui Allah. Rasulullah diangkat ke langit,, bertemu Ilahi untuk menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam ke atas umatnya. pada mulanya Allah memerintahkan soalt 50 waktu. setelah itu dikurangkan kepada 5 waktu. Betapa bertuahnya kita sebagai hambanya.  Kajian mendapati keadaan sewaktu sujud membuatkan seseorg itu lebih tenang, ini kerana gelombang otak manusia sewaktu sujud lebih rendah berbanding sewaktu tidur.

Khusyuk dalam solat
Pernah tak kita cari barang, then tak jumpa. pastu gi solat,..teringat pula barang tu letak kat mana....tetibe. Situasi ni memang selalu berlaku di kalangan kita, sukar untuk khusyuk. Ulama juga pernah berkata, jika hilang kekhusyukkan dalam solat, solat ibarat pelayan yang menunjukkan barang yang hilang kepada tuannya. Khusyuk adalah perkara pertama yang hilang dalam umat islam ini.

kesannya...
Bila tidak khusyuk, samalah kita mempersembahkan bangkai yang tak bernyawa kepada Allah. Hal ini kerana tak memahami bacaan solat, dan tidak berlaku ihsan. Allah sentiasa mununggu kita membalas cintaNya, kerana DIA telah memberikan segalanya kepada kita. Bayangkan, siapa yang ingin bersama dengan kekasih yang tidak bernyawa? tiada roh dan jiwa?

Solatlah dengan full submission, bukan part time je. Kalau nak dibandingkan solat kita sebagai bayaran ke syurga, memang jauh sekali kita mampu membayarnya. Seseorang itu masuk ke syurga kerana Rahmat dariNya. Solat dan bersyukurlah dengan nikmat yang diberikannya, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.





2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum warahmatullah.
    Maaf, cuma nak bagitau UMUM kpd semua org rahsia disebalik solat itu adalah PALSU. tolong rujuk ustaz/org yg arif.

    Benda-benda yang tidak ada asasnya, tidak disertakan sumbernya mohon jangan disebarkan lagi.

    "Fadhilat pergerakan solat tidak pernah dijelaskan oleh Nabi, mahupun para sahabat, begitu juga para Imam-Imam Mazhab. Allah sahaja yang mengetahui hakikat sebenar maksud pergerakkan tersebut. Malah ada riwayat yang menjelaskan bahawa pergerakkan solat merupakan manifestasi pergerakan beberapa Malaikat yang Nabi lihat ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Namun persoalan mengenai kenapa pergerakkannya begitu, tidak pula diperjelaskan kepada Nabi s.a.w." - Ustaz dari al-Ahkam.net

    Sila rujuk utk penjelasan lanjut : http://al-ahkam.net/…/co…/sj-05-0549-fadhilat-tatacara-solat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...