Wednesday, August 22, 2012

gurindam untuk jati di pagi hari



jati,
sudah ditakdirkan kita lahir sekali,
hidup untuk saling melengkapi,
dan sayang menyayangi,

jati,
kita dibesarkan oleh abi dan umi,
mereka membekalkan ilmu duniawi dan ukhrawi,
untuk si puteri yang amat dikasihi,

jati,
kita pergi ke sekolah setiap hari,
berpimpin tangan jalan sekali,
berkongsi ilmu apa yang telah dipelajari,

jati,
walaupun minat tidak selari,
kita melakukan sesuatu yang kita pasti,
semuanya untuk mencari keredhaan Ilahi,

jati,
bila lin mahu berkongsikan cerita hati,
awak tabah mendengar perkara sama berulangkali,
awak cekal mendengar walaupun busy,

jati,
sudah hampir 20 tahun kita hidup di dunia ini,
segala silap dan salah harap diampuni,
lin sayang awak kerana Ilahi,

jati,
terima kasih menjadi kembar sejati,
yang sentiasa menasihati kembar awak ni,
untuk berjuang menjadi seorang serikandi,

=) Uhibbuki fillah jati.
~ Nur Izzati Hanisah

khas dari, kembarjati =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...