Thursday, August 2, 2012

profumo e le donne

"Marry Me!" Ayat citer The Proposal.




"lin, orang perempuan tak boleh pakai minyak wangi kan?" Soal abah meng'ingin'kan saya memberi hujah soal wanita dalam pemakaian minyak wangi.

saya jawab dengan selamba "boleh je la.."

 "hah?" Terkejut abah mendengar jawapan yang tergantung itu.


"Perempuan boleh pakai minyak wangi dalam kalangan muhrimnya...nak pakai, pakai la kat umah. Lin pakai perfume masa nak tidur je..hehe"

p/s: Pakailah haruman untuk tidur yang berkualiti.=)






Hukum wanita memakai wangian adalah seperti berikut,

 

Wanita dan Wangian : Apa Hukumnya?: Retrieved from http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2224-wanita-dan-wangian-apa-hukumnya.html.





Tapi...

Bukan sekadar itu yang saya cuba sampaikan. Ramai kalangan kita, bila mendapat soalan berkaitan syariat (Islamic law)...cepat je meletakkan hukum. Semua nak jadi mufti yang bagi fatwa...

Contoh....
#1: hudud

Ada non muslim bertanya,"Apa itu hudud?" 
"Hudud tu bila mencuri potong tangan!", cepat je kita jawab...mcm pandai berilmiah tapi tak berhikmah.
Sounds familiar?

Orang yang dengar jawapan kita tu pasti berasa Hudud tu mcm scary gile. "Potong tangan tu weh...bukan main2, curi terus jadi cacat" fikir mereka di dalam hati.

Di mana salah kita selama ini? Nak sebarkan dakwah tapi akhirnya membuat fitnak kepada agama sendiri.
Terangkan dulu, cara pelaksanaanya...ciri2 yang perlu di fulfill kan sebelum menjadi saksi. One is innocent until provent guilty, dalam hudud, kalau nak buktikan orang tu mencuri, memang sukar...kerana saksi perlu lelaki, tak fasik dan sebagainya. bukannya terus potong je.

#2: Alkohol / Alcohol

"Adik, minyak wangi ni TAK ada ALCOHOL, boleh bawa sembahyang." Kata seorang penjual minyak wangi di sebuah mall. 

Terdengar kata-kata seorang mak cik di surau "Minyak wangi tu ada alcohol, HARAM bawa sembahyang"


Sounds familiar?
Dalam Al-Quran menyebutkan alcohol tu haram di minum, bukan haram di pakai. Tu la masalah kita ni, tak nak tambah ilmu, tapi nak belagak pandai dan akhirnya sendiri yang malu.

{219} يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَMereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir 
Al-Baqarah 2-219 
Pakai minyak wangi ada alcohol tak ape =p

#3:Babi

"Babi tu dah la haram, gi sentuh2 pula" komennya pabila melihat orang memegang babi sedangkan dia sedang berjalan berpimpin tangan dengan kekasihnya.

"Babi betul!" makinya kepada seorang budak.

Sounds familiar?

Babi tu haram dimakan...Ok. Babi dan keturunannya memang najis mugholazah iaitu najis berat. Tak salah nak pegang babi, in fact, sikit pun tak dosa. Pegang yang bukan muhrim tu la yang berdosa. Tapi kan, sebenarnya nak pegang babi tu buat ape sebenarnya, kan? tak ada nilai tambah langsung.



Kesian babi, dijadikan kata makian pula dalam culture kita ni kan Asal marah je, sebut "babi". Saya pun tak faham la.  Sampai orang yang baik2 ni pun yang menjadi satu dosa pula untuk menyebut babi. Di tukar kepada perkataan yang jauh lebih sopan iaitu khinzir. Ye la, di sebabkan perkataan itu dah jadi kata makian, tak elok la nak sebut. Cakap perkara yang baik atau diam...pilih la.

Setakat tu je la, saya tak berniat nak cemarkan blog saya dengan perkataan B tu...tapi, dah ada misconception dalam bangsa dan agama kita...saya katakan juga.


Harapnya, xde sape2 offended la dengan post kali ni =)
Peace no war!

profumo e le donne = perfume and women

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...