Wednesday, August 29, 2012

Sahabat yang ku temui terjalin kerana Ilahi


Bak kata Ustaz Hazrizal, "erti hidup pada memberi". "Kita menerima sesuatu unntuk memberi kembali", kata ustaz Pahrol Juoi pula. Untuk memberi, kita perlu ada sesuatu...kita perlu ada cinta untuk memberi. Ewah, berfalsafah. Manusia yang  terbaik adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain .

Alhamdulillah, cuti masih berbaki 2 minggu, namun tidak saya lepaskan peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain, Insya'Allah. Hari ni ada meeting agak mengejut (bagi saya la)...sebab baru dapat tahu semalam. Meeting start pukul 5pm, tapi saya nak on time.. saya keluar dari rumah seawal pukul 3pm. =)

Dari Subang Jaya ke Setiawangsa berseorangan, tak mengapalah... tapi kadang2, fikir juga, nak kurangkan aktiviti or just lumpuhkan segalanya....Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan untuk saya lakukannya. Dakwah, memang perlukan pengorbanan, dan sesudah itu kita akan merasakan kemanisan iman.

Sampai je stesen LRT Setiawangsa, saya terus ke kedai runcit untuk membeli air minuman, ye la, mana tahu saya kena berbuka puasa waktu meeting nanti. Saya ternampak seorang sister yang saya pernah jumpa, saja just tegur... Assalamualaikum =)

Inilah cerita daripadanya...

Ketika saya bawa sister Maryam jalan2 ke IIS =)




♥ sahabat ukhti adlin =)

◆kali pertama berjumpa sahabat ukhti adlin di bulan ramadhan yang diberkati..
di akademi sinergi bandar baru bangi, program uncang ramadhan, teknik penulisan secara persuasif...
dan kali pertama juga bersua
sahabat akhi anas , sahabat perjuangan ketika spm..

◆orangnya sangat-sangat petah bercakap.. =)

◆dan kali kedua berjumpa di bulan syawal di lrt setiawangsa terserempak di luar kedai lrt , dia tegur..=) dia ingat muka saya. mungkin sebab hari pertama berjumpa tu banyak berbual di dalam ktm, =) mungkin sebab masing-masing lahir bulan august..
dia nak pergi ke IIS setiawangsa.. rupa2nya, ramai yang join program akademi sinergi hari tu , ahli IIS..

◆Subahanallah.. =)
-------------------------------------------
✐►Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


★“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”.

★Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.

★Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62)

( Hadith Riwayat Ahmed)




-------------------------------------------

★ “ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya” (Imam Syafie)


(= Ukhuwwah Fillah Hingga Ke Syurga =)


★Subahanallah… Akhir kata, jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya di atas cahaya.!
-------------------------------------------

*sitti maryam as-siddeeqah*^^
 — with Nur Adlin Hanisah.







Jazakallah Khaira Ya Ukhti Maryam =) uhibbuki fillah.
You are so sweet!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...