Monday, August 6, 2012

Termakan daging manusia tanpa sedar?

Pernah tak terfikir, dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita makan daging manusia? Sebagai muslim, pemakanan halal lagi bersih amat dititik beratkan dalam kehidupan seharian...namun, adakah kita terlepas pandang?

A: "Makan daging manusia? Yeeeekk!
Nak termuntah la aku...kau ni ..."

B: "Tapi...tak sengaja la"

A: "Kau tau kan daging manusia ni tak halal di makan?'

B: "Tau..."

A: "Tau tapi makan jugak!"

B: "Kan aku kata aku tak sengaja!"

A: "Kau makan daging siapa?"

B: "Sedara sendiri"

A: "Eeeei....Teruk la kau ni!"

***



Mengumpat, ibarat memakan daging saudara sendiri. cuba tengok video atas ni...seronok2 berbual...tapi makan daging sedara sendiri pun tak sedar. Geli! 

Sewaktu Rasulullah berada di Madinah berkumpul bersama para sahabat, tiba2 ada satu angin yang kuat datang berbau busuk. Semua yang berada di situ berasa sangat pelik kerana peristiwa itu dirasakan begitu aneh... mungkin kerana di Madinah tiada loji kumbahan, tetapi mana bau yang sangat busuk itu datang? persoalan ini bermain di minda mereka. Setelah itu, baru didapati bahawa bau itu datangnya dari kumpulan munafikin yang sedang mengumpat perihal orang Islam.

Wah... Dasyatnya mengumpat!

Pagi tadi...sesuatu yang mengejutkan saya...
Orang yang bertaubat daraipada mengumpat adalah orang terakhir yang masuk ke syurga!
Kalau tak bertaubat?
err...
Firman Allah dalam Surah Al-Humazah
 (pengumpat)

A001
" Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela."


A004
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

A005
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

A006
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -


Mana ada orang mengumpat secara tak sengaja...Mesri ada Mens Rea (blameworthy state of mind) punyee....

Oleh itu, marilah kita beriztighfar.

Saya menulis post ni, bukan bererti saya tak pernah buat, saya juga manusia yang tak lari daripada kesilapan. Yang penting, dalam bulan yang diberkati ini, marilah kita bersama membaiki diri, bukan menunding jari =)
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi!


2 comments:

  1. bagus la x tdo lps subuh + tgk tanyalah ustaz..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...