Monday, November 12, 2012

Impian Baru untuk masa hadapan.

Alhamdulillah, semalam ada meeting, so ade 5 program yg terlepas...hehehe. (kalau tak de meeting sekali pun, dapat pergi satu program je).

Meeting ini berkaitan dengan majlis tertinggi untuk tenure akan datang. Sejak mengendalikan DZN, banyak pula pesatuan bagi saya jawatan. Syukran, atas kepercayaan yang diberikan, walaupun saya dah menolak beberapa kali jawatan tersebut, demi mengutamakan pelajaran.

Setiap kali meeting, kena 'taaruf'. Ni la part yang paling best buat masa sekarang. Kenapa? sebab, kalau tak kenal maka tak cinta. ;) kalau tak kenal, macam mana nak bekerjasama...begitu la jalan ceritanya.

Dah nama pun ta'aruf, kena lah kenalkan nama, kulliyyah, origin, cita2, hobi dan soalan cepu cemas dari senior.

Setelah selesai memperkenalkan diri, saya memberitahu cita2 saya.... nak jadi Ketua Hakim Negara Malaysia pada masa yang akan datang.
"Yang Amat Arif Nur Adlin Hanisah CJ"

Tapi itu matlamat dulu, sebelum saya belajar Islamic Legal System.

-------------------------------------------------------------------------------

Cita-cita sekarang ialah....

Matlamat lagi 20 tahun, nak jadi seorang advocate & solicitor yang bergerak secara collective, fight for justice and mengembalikan daulah islami dalam sistem perundangan negara serta menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah, ummat yg terbaik. Insya'Allah! =)

Hobi saya, Insya'Allah mengikut sunnah Rasulullah saw.

=) Insya'Allah saya akan cuba buat yg terbaik (=

 Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitannya. Sejarah bangsa tidak lain adalah sejarah para pemuda yang berjiwa besar dan berkemahuan yang kuat.” -Hassan Al-Banna.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...