Sunday, January 13, 2013

Secret of Daulah Islami

Islamic legal system 2 merupakan subjek kegemaran saya. Tak sangka, cita-cita sewaktu  asasi dulu tercapai bila saya belajar subjek ni. Alhamdulillah =)


 Time asasi dulu, saya belajar subject English for legal paper. So, kena tulis something yang berkaitan “legal” ni la… ramai kawan2 pilih tajuk yang best2, yang tak best pun ade..hehehe. Saya punya, sure la menarik dan mendebarkan. Dub dap dub dap gitu… cheewah!

Apakah tajuknya?
Waktu tu, saya amat curious, anxious, nervous…
Why not kita implementkan Syariah kat Dunia ni?
Tajuk yang di pilih “Islamic Law should be implemented impartially in my country”

Fokus pada tujuan, pedulikan alasan
Kata pujangga, ubah diri sebelum ubah dunia. Pedulikan itu semua, dan fokus tujuan asal manusia, kerana sampai hujung nyawa kita pun, kita tetap perlu cuba mengubah diri manusia yang diciptakan tidak sempurna. Mengubah diri dan dunia perlu seiring. Bila kita mengbah diri sendiri, kesan itu akan dipantulkan kepada masyarakat sekeliling. Sekirannya kita masih beralasan, tujuan mengubah dunia hanyalah ungkapan semata-mata. Ingatkan kembali, diri kita adalah fikiran kita bukan pemikiran orang lain terhadap kita.

Vicegerent of God
Dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah seperti yang terdapat dalm surah Dzariyat ayat 56.
Beribadah? Adakah ertinya sekadar solat sahaja? Or semua yang hanya melibatkan aktiviti-aktiviti di masjid, puasa, zakat, haji? No! no! no! (sambil goyang jari telunjuk).
Setiap yang kita  lakukan itu ibadah. Setiap perkara yang dimulakan dengan Bismilllah, juga ibadah, belajar, makan, minum, berhibur…Setiap perkara adalah  ibadah jika selari dengan Syariat Allah. Islam itu menyeluruh, mudah dan sesuai untuk manusia.

Sebagai khalifah di muka bumi, kita perlu mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Begitu banyak ayat-ayat Al-quran menyatakan perkara ini, antaranya…

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Al-Baqarah 104.

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)” Al-Baqarah 110.


Ada satu perkara yang kita semua belum laksanakan…
"Laksanakan hukum Allah."
Fardu kifayah, kalau tak ada siapa yang buat, bedosa seluruh dunia. kan?

Only Allah has right to promulgate law for His creations.
Hanya Allah yang mampu membuat peraturan untuk manusia kerana Allah tahu segalanya, Dia mengetahui psychology manusia dan pastinya undang-undang yang dicipta olehNya itu bebas daripada kepentingan peribadi. Kerana Allah Maha mengetahui, Maha Halus dan Maha teliti. Subhanallah!

Establish Islamic Country
Tedetik di hati, terjentik di minda,
Hukum Allah pernah di laksanakan setelah tertubuhnya Negara Islam di Madinah. Negara yang meletakkan Allah di tempat yang tertinggi, serta masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama, sesbuah Negara yang mementingkan kebajikan manusia, menyebarkan dakwah dan melaksanakan hukum Allah. Pekara itu berterusan sehinggalah jatuhnya tamadun Uthmaniah.

Ketika itu, perkara agama dipisahkan dari dunia. Maka lahirlah masyarakat muslim yang majoritinya berfikiran dan berjiwa secular. Perkara yang bersifat ketuhanan hanya bersifat perbadi.
Punca ini terjadi adalah muslim kembali jahil, tidak mengetahui dan lupa tanggungjawab sebagai khalifah. Ilmu yang menyebakan manusia atau tamadun di pandang tinggi di mata dunia.

Untuk melaksanakan hukum Allah adalah wajib. Kalau tak laksanakan, boleh jadi sama ada kafir, zalim atau fasik… itu semua sudah tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat 44, 45 dan 47.  Sebelum melaksanakan Syariah, kita perlu menubuhkan Negara Islam terlebih dahulu kerana hudud  tidak boleh dilaksanakan tanpa Negara islam. Islam cannot stand alone.

Kepentingan Ilmu
Ilmu, boleh menjadi penyebab kebangkitan atau kejatuhan sesuatu tamadun. Pemulaan misi ini adalah menyebarkan ilmu tentang kewajipan kita sebagai khalifah di muka bumi. Setelah itu, kita harus memberikan penekanan yang serius dalam aspek pendidikan serta politik. Pendidikan harus diletakkan dalam priority kerana kesan pendidikan boleh mengubah pemikiran dan kesedaran manusia. Di sinilah, kita berlatih mengaplikasikan fiqh aulawiyyat, iaitu memberi keutamaan dalam kepentingan sesuatu perkara.

Penutup
Jika pihak barat boleh mengsekularkan pemikiran dan system undang-undang di bumi Islam, maka tak mustahil kita melaksanakan hukum Islam di bumi Islam sendiri. =)


Umat Islam perlu menjadikan Al-Quran sebagai panduan. 
Ayat-ayat Al-Quran perlulah difahami bukan sekadar melihat maksud literal, tetapi mengambil kira peristiwa dan keadaan ayat tersebut diturunkan, barulah kita mempunyai kefaham secara holistik terhadap ayat tersebut. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...