Saturday, April 13, 2013

What we want in this life?

Yeah, salah satu yang saya inginkan dalam hidup ini adalah kucing sebagai menghiburan hati & memuhasabah diri.

Tahukah anda. sebagai manusia apa yang kita mahu ada dalam kehidupan? Agar hati tenang dan gembira?

Seorang ustaz berkongsi pengetahuannya dengan saya, bahawa sesorang manusia mahu ada 6 perkara dalam hidupnya.
Ustaz: "Apa yang awak nak dalam hidup ni ada 6 perkara."
Saya: "6 perkara, apa dia ustaz? mcm menarik je."

Beliau pun start terangkan 6 perkara tersebut.

1. Hidup
"eh, kenapa pula kita nak 'hidup' dalam hidup kita?" soal saya kepada ustaz. 
Ramai orang di dunia ni tak nak 'hidup' sebenarnya. Tidur lewat, mcm tak nak tidur aje, lepas tu bangun tak nak, gi kelas tak nak, buat assignmnet tak nak...semua perkara yang membuatkan dia 'hidup', dia "tak nak", means dia tak nak 'hidup'. 

Kalau sesorang itu mahu hidup, dia akan gembira untuk tidur awal bila tiba waktunya, bangun dengan gembira, lakukan semua perkara dengan gembira. Barulah 'hidup' seseorang tu.

2. Self-development.
Kita sebagai manusia, kita nak diri kita lebih baik daripada sebelumnya, ayat yang lebih mudah, we want to be a better person. sebagai contohnya, kita belajar di sekolah rendah, naik sekolah menengah, lepas tu matrikulasi, then, degree.... Sure nak sambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi iatu master dan PhD. Mcm tu juga dalam pointer. 2 pointer dah cukup membuatkan seseorang pelajar tu untuk grad, tapi dia still nak 4 flat.  kita sentiasa mahukan diri kita di tahap yang tertinggi, baru kita berpuasa hati. itu adalah fitrah.

3.Soul-mate
Setiap insan mahukan pasangan hidup yang berlainan jantina dengannya. 2 perkara yang kita cari drpd pasangan kita iaitu cinta dan untuk mendapatkan zuriat. Kalau kita kawen dengan someone yang hensem, kaya... tapi kalau tak cinta, apa ertinya? kalau kawen dengan someone yang kita cinta but then, tak boleh nak dapatkan zuriat, what is the purpose of that marriage? Bercinta biar membuatkan kita kesyurga bersama, itu adalah seperti yang di firmankan oleh Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6. But sometimes, ada pasangan still bahagia walaupun tak dikurniakan zuriat. Mereka redha.

4. Ketuhanan
Dalam diri setiap insan, kita mahukan kebergantungan pada satu kuasa yang besar, sebagai seorang muslim, kita bergantung pada Allah, yang Maha berkuasa.. Lihat, ini menunjukkan yang kita accept yang kita ni sebenarnya lemah. hampir setiap manusia mempunya tuhan, tetapi ada juga yang free thinker(atheist). Bagi mereka yg free thinker ni, dieorng tak percaya bahawa wujudnya tuhan. Selalunya free thinker ni ada sejarah hitam sepanjang hidupnya, waktu susah,dieorg rasa  tak de sapa nak bantu dieorg. Free thinker selalnya menjadikan manusia sebagai sesorang yang perlu di puja. mcm org yg terlalu fanatik pada Michael Jackson, bila Michael Jackson mati, dia pun bunuh diri. Kita lihat contoh lain, kenapa orang jepun yang mengamalkan nilai2 islam seperti workaholic, menepati janji,  bersoih, maju dan sebagainya, ramai dikalangan mereka bunuh diri? ini kerana, mereka tak ada 'faith' di dalam hati.

5. Honour
Kita berusaha sebaik mungkin untk berjaya selalunya mengharap orang lain melayan kita dengan lebih baik. Ramai juga manusia yang mengaharapkan perhormatan, pujian daripada ciptaan lemah bernama manusia.  Sebenarnya, kita perlu melakukan semua perkara agar mendapat keredhaan daripadaNya. 

6. Menambah harta
Sekiranya manusia itu deiberikan 2 lembah gunung emas, mereka akan meminta yang ketiga. Manusia secara natuaralnya, mahu harta yang banyak.Lagi, lagi dan lagi. Dalam islam juga tidak melarang seseorang itu untuk menambah hartanya, cuma perlu mendapatkan daripada sumber yang halal dan juga membelanjakan ia pada jalan kebaikan & menginfakkan ke jalan Allah. Bila berharta, semua perkara menjadi mudah. Menuntut ilmu, membeli barangan keperluan harian, mengukuhkan sistem pertahanan, kawen (nak juga include, hahaha) dan sebagainya, menjadi lebih mudah jika kita berduit.
Sebab tu kita di sarankan berdoa " Yasirru wala tua'sirru" yang bermaksud, permudahkanlah, jangan susahkan.


Kesimpulan,
6 perkara yang di bincangkan ini adalah unlimited. Bermakna, kita sendiri kena limitkan supaya kita mencapai ketenangan hati.

"ramai orang nak kaya harta, tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan hati" kata ustaz sambil tersenyum.
Saya menambah, "Tapi kalau duit tak ada zaman sekarang ni, mcm mana nak dapat kekayaan hati? kena ada duit dulu la, baru boleh dapat kekayaan hati. Bila berharta, kena sentiasa merasa cukup dan bersyukur, lagipun org yang tak de duit mana boleh jadi seorg yg zuhud, kan ustaz?" =P


Lakukan segala perkara selagi tak bertentangan dengan hukum syarak. Lakukan yang terbaik dalam setiap perkara, cintakan perkara yang kita lakukan, Insya'Allah kita mendapat  keredhaanNya.

Gambar white board ni adalah hasil contengan bila nak motivate diri =)

4 comments:

  1. apsal pen tu campur pas ngan umno??
    sbb kaler ke??

    ReplyDelete
  2. sebab marker pen tu warna hijau, tapi refill ink biru. contengan pasca parliment bubar =)

    ReplyDelete
  3. Hahaha..nice
    teringin jugak nak rase kerajaan baru..
    tengok macam mana performance..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Sama lah. Insya'Allah, harap lebih baik drpd dulu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...